Assalamualaikum Mommies,
yessss..post hari ni cite pasal susu ibu, well, I AM OBSESSED about susu ibu..sebab apa, sebab susu ibu adalah susu terbaik buat anak. so cane kalau ibu x mampu nak breastfeed baby? its ok mommy, jgn rasa bersalah...mommy dah buat yang terbaik kan,tp x mampu..ALLAH ada rancangan untuk kita semua, don't feel bad..formula milk is an option,bukan salah pon bagi anak susu formula..xkan nak biar baby lapar kan..sian baby..
so, mommy nak tau pasal EBM tak? 1st of all,what is EBM..? ehehehe...Expressed Breastmilk (Susu Perahan)..bagi ibu bekerja just like me,EBM is so important. masa dlm pantang i dah buat stok EBM, sebab? takut stok untuk baby tak mencukupi, kena ada backup EBM, sebab baby mmg fully breastfeed, susu backup pon xda kat rumah..ehehehe..sebab yakin susu mencukupi..
ok,sini saya listkan soalan-soalan biasa utk ibu2 baru..or ibu2 lama pun kekadang tanye gak..
i. Selepas pam susu, kalau simpan kat peti ais bawah tahan berapa lama?
3-5 hari, bergantung kepada tempat susu disimpan. kalau saya mmg simpan dekat blakang-blakang sikit..kalau dekat sgt pintu peti ais mmg susu ada effect,sbb pintu tu slalu bukak kan..
ii. Kalau nak letak susu kat tempat atas peti ais (freezer)..letak terus dlm freezer ker?
Sejukkan susu yang dipam di tempat bawah peti ais terlebih dahulu. Susu ibu berada pada suhu bilik dan sekiranya susu diletakkan terus di tempat sejuk, dikhuatiri nutrisi susu ibu akan berkurang. Setelah susu agak sejuk,boleh letakkan di tingkat atas.
iii. Ada alternatif lain tak kaedah nak stok susu?
Ada beberapa cara utk simpan susu iaitu botol plastik (boleh search di internet..type 'storage bottle'), plastik yang telah disteril dan kalau nak bajet boleh guna bekas untuk simpan dadih..saya x pernah guna lagi,tp itu yg disuggest oleh kawan-kawan blog....tp yang paling saya suka? kalau susu yg akan digunakan keesokan hari (pam hari ini untuk guna esok)..saya akan gunakan bottle..bumble bee je..murah..10 botol rm30++ je..murah,BPA free..selamat..
iv. Kalau nak 'thaw' susu yg freeze tur,apa cara terbaik?
kalau mommy guna botol utk simpan susu dlm freeze,mommy just perlu letak botol kat aras bawah..letak laa the night before,baru aa susu tu cair..JGN SEKALI-KALI panaskan susu dengan memasakkan susu,mak aiiii...agak-agak laa kan..ehehe..cara saya senang je...letakkan plastik (sbb saya guna plastik yg disterilkan,kalo guna botol boleh gak cara ni) ke air paip yg dibuka..biarkan smpai susu cair..then panaskan susu yang sukatan nye ckp diminum oleh baby sahaja..contohnya,kalau baby susu hanya 2oz utk satu sesi,simpankan susu selebihnya ke dalam peti ais semula,tp bukan diFREEZE ye mommy...susu yg dah dicairkan boleh tahan 24 jam je.. nak panaskan,rendamkan dlm air panas, then make sure susu tidak terlalu panas utk diberikan kpd baby..
make sure bila nak simpan susu, letakkan tarikh dan masa mengepam..kalau yg gunakan plastik letakkan berapa OZ susu dipam..sbb plastik nie kadang betul,ada yg x betul sukatan dia kat depan..gunakan yang paling lama berada kat peti ais dahulu (FIRST IN,FIRST OUT)..ini untuk mengelakkan susu yang terdahulu tidak digunakan..
untuk pengetahuan mommy semua,susu ibu xkan basi..cuma kalau x betul cara simpanan, susu mungkin akan kehilangan nutrisi..bagi saya laa kan, cara paling selamat nak simpan susu is PUMP TODAY,ESOK GUNA...paling selamat..letak je kat aras bawah fridge..labelkan.. x susah ponnn...yg penting kena bnyak bertanya..u can ask me..boleh..kita tukar2 pandangan..xda mslah..
nanti nak cerita pasal pumping pulak..ehehehe..saya kat ofis pam 1 sesi antara 7-10 oz..2 kali pam je..mommy-mommy plak? till next time mommy..
 |
| Contoh botol BUMBLE BEE |
 |
| Contoh Sterile Plastic,saya guna jenama Autumz..bestt.. :) |